Pagi itu, Ikmal dan Ariana bersendirian bersama sambil memerhatikan Lis yang masih kecil. Ikmal dan Ariana duduk diam dan terbungkam tanpa ada sebarang patah kata yang terucap.
Ikmal hanya memerhati sambil menuruti angin-angin yang membawa bersama seribu satu persoalan. Sepoi-sepoi rentak angin bertiup, seperti memberi tahu bahawa nyaman dan harmoni ini bukan suasana yang berterusan.
Ariana masih tunduk,seolah-olah tidak menghiraukan langsung apa yang berlaku.
Ikmal bangun, berjalan menapak perlahan-lahan menuju ke arah Lis yang masih nampak sibuk bermain,melukis.
"Tak nak."jawab Lis.
"Nak milo?"cadang Ikmal.
"Tak nak." Sekali lagi Lis menjawab dalam diam dan nada yang serius.
"..how about jus?" dengan muka tersenyum,Ikmal cuba mengalih perhatian Lis.
"Tak nak,"tegas Lis.
"...ke Lis nak...."
"Papa.." jerit Lis sambil muka masam mencuka.
"Yeah.."
"i'm working.." Lis menunjukkan kepada Ikmal lukisan yang dilukiskan. Objek yang sangat abstrak menunjukkan imej Lis,papa dan mama.
"okay...can i see?" Ikmal bergurau mengambil lukisan Lis.
"okay..."
"Papa...Lis punya la."
"Sorry"
"ha...ha...ha"
"hmmm..hmmm"
"Papa...Lis nak ikut papa…" secara tiba-tiba Lis menegur Ikmal,bertahan mahu mengikutnya.
"Lis..Lis patut ikut mama kat sini…" terang Ikmal supaya anak kecilnya ini kekal seceria dahulu dan tenang menghadapi detik-detik sukar seperti ini.
"Lis nak ikut papa...Lis tak nak papa sedih lagi...Lis nak papa happy macam dulu..." dalam rengekan Lis, ada untaian air mata yang mengalir dan menitis.
"Lis okay..Lis tinggal sini dengan mama yer..papa okay…"Walaupun dalam nada yang sangat sukar, Ikmal tetap dengan jawapan seperti itu untuk masa ini.
"Janji"
"Papa janji"
Kedua-dua mereka tersenyum,walaupun ada titisan air mata yang menitis.
No comments:
Post a Comment