Tuesday, March 6, 2012

Pertama #1

"Hye…" dia menyapa daripada belakang. Sekilas pandang seperti seorang kanak-kanak sekolah dengan pakaian skirt melepasi lutut dan memakai scarf berwarna jingga. Scarf yang terikat kemas dileher menutupi sebahaian kolar baju putih. Gaya dan imej seperti eksekutif muda yang memang punya perwatakan korporat.

"Yup…i ingatkan budak sekolah mana tadi." Ikmal membalas dengan senyuman yang melirik.

"Haha.." Ariana tertawa. " You ingat I budak sekolah?"

"Of courseyou look like budak sekolah with this kind of attire..."Ikmal sekali lagi membalas dengan nada yang bergurau.

"Dah breakfast ? Kalau belum jom." Cadang Ikmal kepada Ariana.

"Dah…I minum Milo kotak … dan makan Nasi Goreng kakak tadi.." Ariana menjawap.

"Oh …Okay. I lupa,actually I puasa hari ini. Hari ini Isninkan?" Ikmal tiba-tiba teringat bahawa sebenarnya hari ini ialah Isnin.

"Yup…that's why mama asked me to wear this scarf" balas Ariana dengan senyum tertawa.

Tidak menghairankan jika Ariana memilih untuk memakai scarf berwarna jingga hari ini, kerana hari Isnin merupakan hari yang diberi keutamaan kepada para staf syarikat untuk memakai pakaian yang beridentitikan syarikat.

Hari Isnin merupakan hari yang sangat-sangat menjemukan dan kadangnya membosankan dengan rutin mingguan yang kadangnya agak sibuk.Hari Isnin adalah hari untuk menyesuaikan kembali mood kerja daripada mood bercuti.Justeru tidak menghairankan jika suasana hari Isnin selalunya sperti tidak produktif.

Ikmal yang sudah saban tahun berada dipejabat yang sama selalunya mengisi pagi Isnin dengan slot minum pagi yang panjang. Jika bukan roti canai terbakar atau mee kari, tidak ada tempat lain yang dituju.Selesai sarapan pagi akan diikuti pula oleh sesi bersembang yang panjang.

Rutin yang ada semenjak beberapa bulan kebelakangan ini dilihat sangat tidak produktif. Hampir beberapa waktu disudahkan hanya untuk minum pagi.Namun, dalam ketiadaan disiplin diri yang tegas, Ikmal dan beberapa rakan lain mengambil inisiatif untuk menampung kembali waktu kerja yang ada, menjadikan waktu kerja yang dilakukan seperti yang termaktub.

Cuma semenjak kedatangan Ariana, disiplin dan motivasi yang hilang dahulunya sedikit sebanyak kembali seperti asal.

"Ariana, I'm going to site today…ada pending testing yang belum siap,if you wanna join me there, cuba tanya bos."

"Okay,tapi nanti dia bagi ke I pergi?" Ariana berkata dalam nada yang was-was,tidak pasti.

"Tanya dulu, insyaAllah selalunya okay. It's good for you to join and visit the site,biasakan diri,kenal dengan orang,mudah nanti,in case by the end of this year I dah tak join you all dah…daripada duduk di pejabat yang belum tentu ada kerja atau tidak…" Ikmal berkongsi pandangan mengajak Ariana bersama ke site yang menjadi lokasi penting bagi kerja-kerja luar pejabat.

"Okay, I'll get his permission first,then I'll let you know…but i agree with your suggestion. Duduk lama-lama pun dah bosan juga." kata Ariana mengiyakan cadangan Ikmal.

No comments:

Post a Comment