Tuesday, March 13, 2012

Ketiga #3

"Assalamualaikum.Di mana?" SMS ringkas daripada Sofia.

"I on my way to Lab.Ada apa?"Ikmal menjawab sambil memperlahankan kereta.

"Jadi buka puasa dengan I today?Bangsarkan?" balas Sofia kembali mengingatkan tentang rancangan mereka untuk berbuka puasa.

"Oh,nanti I update."Ikmal menjawab dengan ringkas.

"Okay,"pesanan ringkas kembali daripada Sofia.

Dia hampir terlupa akan rancangan untuk berbuka puasa bersama Sofia hari itu.Rutin yang jarang dilakukan.

"Siapa?"Ariana mencelah.Perbualan mereka yang baru bermula terganggu oleh beberapa pesanan ringkas kepada Ikmal.

"Sofia,my friend. Sorry,where are we just now?" tanya Ikmal kembali.

"Nothing,tidak ada apa-apa.I terlupa.By the way,how's your job so far?Interesting?"Ariana cuba mengalih daripada soalan-soalan awal yang cuba ditanya kepada Ikmal.

Ariana masih belum dapat membayangkan bagaimana mahu melalui hari-hari sebagai seorang yang berkerjaya. Karier yang baru ada lebaran baru dalam sejarah hidupnya.

Melihat kepada kesungguhan yang ada pada rakan-rakan sepejabat,Ariana membayangkan betapa mungkin suasana kerja yang bakal dilaluinya penuh dengan cabaran yang menyeronokkan. Ada suasana yang mendorong dan dirasakan kelompok raakan sekerja merupakan antara kelompok yang sedikit sebanyak boleh membantunya untuk menyesuaikan diri di pejabat dan rakan sekerja yang lain.

" Kerja…so far Alhamdulillah, ada team yang supportive,ada yang suka ambil peluang.Pengalaman paling teruk kerja dengan team celcos and telcos,suka sangat ambil kesempatan.Katanya sebab VP yang banyak push subordinate,so yang bawah-bawah terpaksa ikut."terang Ikmal.

"My future father-in-law. Dia memang macam itu," Ariana tiba-tiba bersuara sambil berseloroh.

"I see.Noted…"sapa Ikmal kembali sambil ketawa.

Mereka tiba di lab dalam keadaan cuaca agak mendung. Ikmal meletakkan kereta agak jauh daripada tempat letak kereta yang asal,dibawah pohon-pohon rendang.Mungkin untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari panas,walaupun dalam keadaan cuaca yang sebegitu.

Suasana lab agak sunyi berbanding hari-hari sebelumnya. Tidak ramai yang kelihatan.Selain penerangan serba ringkas berkenaan lab, Ikmal turut memperkenalkan Ariana dengan beberapa individu-individu penting yang mungkin dapat membantunya.

"This is lab…tempat yang mungkin akan jadi…hmmmm…your…you will spend most of your time here,kalau ada banyak sangat test.I wanna continue my test, you pusing-pusinglah lab sampai jemu," seloroh Ikmal dalam nada ketawa.

"Okay,I'll wait for you…buat test sampai siap." balas Ariana kembali sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment