Di pejabat, tidak kelihatan sesiapun yang masih berada di sana. Waktu-waktu begini selalunya masih ada beberapa orang kelihatan masih menyambung kerja,tetapi tidak pada waktu ini. Mungkin keadaan trafik yang agak lancar menyebabkan hampir kesemua mereka pulang awal.
Ikmal yang agak kebingungan memandangkan tidak ada orang di pejabat, terus membuka komputer dan membalas beberapa emel yang belum terjawab.Sangkaan Ikmal pada mulanya, ada beberapa individu lain dipejabat,sekurang-kurangnya tidak bosan dia menunggu Sofia.
Agak kebosanan, Ikmal membuka youtube dan terjumpa Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk 'Pasangan Baik'.
"Sekurang-kurangnya tidak bosan menunggu,"bisik hati kecil Ikmal.
Mengenali Sofia,Ikmal amat memahami bagaimana gadis ini menepati masanya.Jarang rasanya untuk dia terpaksa menunggu lebih lama daripada waktu yang dijanjikan. Ada masanya, Sofia sengaja menunggu lebih awal.Apabila ditanya mengapa,dia hanya tersenyum.
Sofia adalah seorang gadis lincah,periang dan amat mudah mesra dengan hampir sebahagian daripada orang yang dikenalinya. Dengan tudung yang berlitup rapat,dan sut kemeja yang agak longgar, gaya dan tema pakaian Sofia selalunya mendahului rakan-rakan sebaya yang lain. Walaupun kelihatan agak biasa,tetapi seolah-olah ada faktor lain yang menarik.
Tidak hairanlah sekiranya Sofia banyak menjadi rujukan ditempat kerja.
"You have change a lot and I am proud of you," kata-kata Ikmal yang pertama selepas melihat Sofia memilih untuk bertudung,berubah setelah sekian lama mencari arah. Kesungguhan Sofia untuk berubah dalam suasana yang agak sukar sebenarnya banyak menarik perhatian Ikmal.
Sedang asyik mendengar Kuliah Ustaz Azhar Idrus,kedengaran bunyi getaran telefon bimbit Ikmal dengan rentak Bruno Mars-Just The Way You Are dan pada masa yang sama terpapar wajah Sofia dengan tudung yang berlitup rapat,gambar yang menjadi rujukan kepada nombor telefon terbabit dan Ikmal segera mengangkat.
"Yes,Miss Sofia Nur Azmir, Ikmal is not around,he's waiting for Sofia,"
"Yes,sir,I would like to talk to Mr. Ikmal,if he's not around,may I know who is there?"Sofia menjawab.
"My name is Ikmal Akmal,and people call me Ikmal,if I'm the Ikmal that you are referring to,maybe I can answer this call" Ikmal berseloroh membalas pertanyaan Sofia.
"Haha..enough Ikmal Akmal,5 minutes more,insyaAllah,"pintas Sofia memberitahu Ikmal.
"Haha..okay Miss Sofia Nur Azmir.Your wish is my command,"balas Ikmal kembali.
Selesai telefon bimbit diletak,Ikmal menutup komputer dan menyimpan komputer riba didalam drawer dipejabatnya. Drawer dikunci dengan kemas dan kunci diletakkan didalam bekas berhadapan dengan fail-fail kerja yang kelihatan disusun rapi.
No comments:
Post a Comment