Wednesday, July 25, 2012

Keenam #6

" Assalamualaikum gadis," Ikmal menjengah Sofia yang kelihatan asyik mengelamun keseorangan.

"Hi! Wassalamualaikum. Ingatkan kena tunggu lagi 30 minit,"jawab Sofia. Walaupun baru sahaja meletakkan keretanya menantikan Ikmal,tidak disangka Ikmal agak lebih cepat hari ini. Tidak seperti selalunya.

"Hahaha...mana ada,30 minit is my time waiting for you,not you waiting for me. So,where are we heading today?Kedai makan sebelah sungai atau depan your house?"

"Ikut you," cadang Sofia sambil melihat jam ditangan. Waktu untuk berbuka puasa masih lagi berbaki 45 minit.

"Let's go to the one yang di tepi sungai.Lama lagi rasanya."

Sofia terus menghidupkan kereta dan menuju ke restoran yang terletak agak dekat dengan pejabat Ikmal. Laluan kenderaan hari ini agak selesa tanpa ada kesibukan yang melampau. Hiruk pikuk yang selalunya bersimpang siur seolah-olah langusng tiada hari ini.

"Order?" Tanya Ikmal setibanya mereka di kedai makan tersebut.

"Ikut you," balas Sofia.

"If only they have that kind of menu..menu 'Ikut you'..haha..." senyum Ikmal menjawab cadangan Sofia. Tanpa menunggu pelayan mengambil pesanan, Ikmal bangun menuju ke kaunter dan terus membuat pesanan biasa. Nasi putih dan tom yam campur berserta telur dadar,menu mudah untuk berbuka. Nescafe O Ais dan air suam sebagai pelengkap.

"So..macam mana dengan budak baru di pejabat?" Sofia dengan cepat memulakan bicara.

"Biasa..macam you..saling tidak tumpah.Perangai dan tingkahlaku sama seperti you mula-mula masuk kerja dulu...It's like 5 years ago..haha..."Ikmal menjawab sambil ketawa perlahan-lahan memikirkan yang perkara itu akan disoalkan dahulu.




No comments:

Post a Comment