"Lama pula rasanya makcik memasak hari ini, did you order a right menu?"
"I ordered menu ... 'ikut you'...surprisingly they knew it." jawab Ikmal.
"Haha...whatever.Tapi sekarang waktu Maghrib sudah agak dekat."
"Yes,puan.Nanti siaplah makanan ... I saja minta makcik masak lambat-lambat sikit,so that we have a longer time here."
"Pandai you . Eh, where are we just now? The one about budak baru at your office kan?" Sofia membalas.
" Oh, pasal budak baru tadi. As I said just now, macam you mula-mula masuk pejabat dululah. Cuma she's a bit lucky and I guess,proactive jugak since she did a background study about the company and the jobs.Hopefully, she'll settle down soon and I can transfer all the pending tasks to her soonest." Ikmal menjelaskan dengan panjang lebar.
" No, I don't want to know about what she did or her job, I want to know about her? Haha...you know what I meant,didn't you?
"Dah agak dah, mesti tanya pasal benda lain punya.My first impression,dia macam Chabi.You kenal tak siapa Chabi?" sambil tertawa sedikit Ikmal menjawab persoalan Sofia. Dengan niat untuk berdalih, Ikmal menyamakan Ariana dengan Chabi. Chabi adalah watak penting dalam sejarah dunia dan sesiapa yang belajar Sejarah China sudah tentu akan bertemu dengan watak ini.
" You always love to do this,answering question with another question.Encik Ikmal, saya tidak kenal siapa dia Chabi and I can't remember this character in any of your stories that you've told me before.Chabi is neither Malay nor Malaysiankan?" Sepanjang ingatan Sofia, watak Chabi tidak pernah wujud dalam banyak cerita yang Ikmal selalu rakamkan. Mungkin ada sebahagian yang dia tertinggal atau terlupa.
"Bad day...haha...I thought you are good at history.Can't answer it since makcik and her makanan sudah sampai."
Sedang Ikmal leka mahu menyambung cerita berkenaan Chabi, makcik empunya kedai makan lekas menghala kepada mereka dengan membawa pesanan yang telah dilakukan sebelum ini.
" Nasi putih dua, air suam dua . Tomyam campur dan telur bungkus. Ada apa-apa lagi? " makcik yang tadi mengambil pesanan menyebut kembali satu persatu menu yang dihidangkan, sambil meletakkan kesemua hidangan berdekatan di tengah-tengah meja kecil yang sempit.
" Nanti mungkin kami pesan air lain pulak ... boleh makcikkan?"
" Boleh-boleh, jemput makan. Nanti sejuk pula nasi dan lauk."
Sofia melihat lauk dengan agak berselera.
" Lepas ini nanti jangan lupa sambung cerita tentang Chabi dan budak baru." Sofia mengingatkan.
No comments:
Post a Comment