"Belum,why?"
"Nampak happy bersembang,ingatkan sudah selesai."
"Owh, ada a few pending items lagi.Mungkin kena sambung esok.Nak balik?" tanya Ikmal kembali sambil melihat jam tangan. Jam ditangan sudah menunjukkan jam 5.30 petang, dan waktu begini adalah waktu yang tepat untuk pulang.
"Boleh juga, hari ini datang dengan mama and she said she might going back early today." terang Ariana perlahan.
"Okay,jom.Solat Asar sekejap,then terus balik." Mereka berdua bersiap-siap mengemas laptop, buku-buku nota dan disimpan kembali didalam beg sandang masing-masing.
Sementara menunggu Ikmal menunaikan Solat Asar, Ariana mundar-mandir keseorangan dihadapan. Sunyi dan agak lengang,tiada hiruk pikuk seperti dipejabat.
Selesai Solat Asar di surau, Ikmal terus mengajak Ariana keluar. Cuaca petang itu agak redup dan nyaman. Walaupun sebelumnya kelihatan agak terik dan seperti akan dibasahi hujan, suasana petang begini amat menyenangkan.Di sini, hampir saban petang akan dibasahi oleh hujan yang lebat dan angin yang bertiup seakan-akan ribut. Tetapi, hari ini cuaca yang ada berlainan sama sekali.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat,tidak banyak yang dibincangkan. Sekali-sekala Ariana mencelah bertanya tentang kerja dan persediaan-persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan.
Walaupun suasana kerja yang agak sibuk, waktu kerja yang anjal memberi banyak ruang untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja. Kesibukan bermusim memudahkan mereka menyusun kerja dan jadual mengikut perancangan setahun yang selalunya dilakukan pada suku keempat tahun sebelum bermulanya tahun baharu.
Sedikit sebanyak penerangan Ikmal membantu memudahkan Ariana.
"Assalamualaikum,I'll pick you in 45 minutes,"mesej daripada Sofia yang baru masuk ke telefon bimbit Ikmal.
Ikmal mengabaikan sebentar mesej tersebut memandangkan traffic berdekatan tol agak sibuk.
"Siapa?" tanya Ariana.
"Sofia."Ikmal menawab ringkas.
Ariana berpaling memandang jauh keluar.
"Awak, tolong ambilkan syiling seringgit enam puluh sen,"pinta Ikmal.
"Pakai duit I dululah.Here you are,"Ariana memberikan beberapa syiling kepada Ikmal.
"Okay."
Selesai membuat bayaran tol, dan ketika menuju ke pejabat, Ariana seolah-olah ingin menyatakan sesuatu kepada Ikmal,tetapi memendamkan sahaja rasa itu. Mereka tiba ketika trafik masih belum padat dan dalam kesibukan yang bergerak.
"I wanna tell you something,but laterlah.Anyway thanks for today."Ariana mengucapkan terima kasih kepada Ikmal.
"Ada apa?"tanya Ikmal kebingungan.
"Later-laterlah,"balas Ariana kembali sambil dia menutupkan pintu hadapan kereta dan mengambil beg sandang di bahagian belakang.
"Okay,up to you.See you tomorrow kalau ada jodoh,"jawap Ikmal.
Ariana tersenyum dan terus berlalu.
Ikmal mencapai telefon bimbit,dan menjawab pesanan Sofia sebentar tadi.
"Okay,will wait for you at my office."
No comments:
Post a Comment