Wednesday, March 7, 2012

Kedua #2

"So, are you going?"sergah Ikmal tiba-tiba.

"Yes…bos bagi."kata Ariana sambil tersenyum.

"Okay…jom siap-siap," Ikmal membalas sambil menyimpan laptop di dalam beg sandang dan mengemas beberapa nota penting untuk menyambung kerja di Lab.

Kerja yang sudah sekian lama bertangguh menunggu masa untuk disiapkan.Walaupun tempoh yang dijanjikan sudah agak lama ketinggalan, Ikmal tidak mampu untuk berbuat apa-apa memandangkan kelewatan yang berlaku bukan akibat daripada kealpaannya,tetapi disebabkan ketidakpedulian anggota kerja lain yang kurang ambil perhatian.

Ikmal seboleh mungkin cuba mengurangkan kerja-kerja di Lab memandangkan jarak yang agak jauh dan mengambil masa yang panjang untuk berulang. Kelapangan yang ada hari ini mungkin berguna untuk Ariana, mengenal dan belajar serba sedikit berkenaan latar tempat kerja dan beberapa contact person yang berguna satu masa nanti.

Pintu lif terbuka, Ariana dan Ikmal terus masuk ke dalam dan Ikmal menekan butang bertanda 'G' untuk terus ke bawah. Lif agak lengang waktu ini,mudah untuk bergerak.

"My car is at the other building…do you want to wait here for me or walk with me there?" Ikmal bertanya dalam segan, memandangkan watak Ariana seperti gadis lain.

"No…i'm going with you,it's okay for me to walk there,"Ariana seperti dapat membaca apa yang terkandung dalam tingkah perkataan Ikmal.

"Jangan bimbang…I boleh berjalan,cuaca pun okay rasanya," Ariana membalas dengan senyuman panjang.

"Good girl,jarang boleh berjumpa perempuan seperti ini,"gurau Ikmal kembali, mematikan senyuman Ariana yang panjang.

"Hahaha…ramai,you belum jumpa lagi," kedua-dua mereka ketawa serentak, sedikit sebanyak membuatkan beberapa individu lain yang menumpang lif yang sama memerhati tingkah mereka berdua.

Sesampai di tingkah bawah, mereka berjalan ke arah bangunan letak kereta yang bersebelahan. Menjadi rutin Ikmal untuk meletakkan kereta di sana kerana memudahkan untuk keluar masuk waktu pejabat, selain ruang letak kereta yang lebih besar.

"Hi…laju nampak?"sapa Halil dari jauh.

"Oh, we are going to lab sekejap." Ikmal menjawab dalam kesibukan. "…and bawa Ariana kenal-kenal lab…" sambung Ikmal menjelaskan kenapa Ariana bersama.

"Okay…enjoy. Jaga anak dara orang!"Halil bergurau dalam nada yang samar-samar kejauhan.

"Haha..insyaAllah." kebetulan waktu itu kereta Ikmal diletakkan berdekatan dengan pintu masuk dan saat berjumpa dengan Halil, mereka berdua sudah berada berdekatan dengan kereta Ikmal.

Halil antara individu yang awal memberitahu Ikmal berkenaan kemasukan Ariana sebagai anggota baru di pejabat.

Selesai meletakkan beg komputer di tempat duduk belakang, Ikmal terus menghidupkan kereta dan berlalu pergi meninggalkan bangunan tersebut. Perjalanan biasa mengambil masa sekitar 20 ke 30 minit.

Ariana daripada tadi kelihatan agak diam. Tiada perkataan yang terucap , suasana dalam perjalanan agak sunyi.Hanya kedengaran musik radio Sinar.FM yang berputar semenjak tadi.

"Ariana,kenapa senyap?Bosan eh?" ucap Ikmal.

"Tak...I memang kurang bercakap,once I start nanti, memang tidak berhenti."

"Oh, no probs.Anything just let me know." balas Ikmal kembali.

Kenderaan agak sedikit hari ini berbanding hari-hari selalunya. Cuaca yang agak terik sememangnya agak memanaskan.Ikmal menyesuaikan suhu aircond kereta,sambil memerhatikan had kelajuan kereta.

"Actually, during my first meeting with Puan Fabilah,she did told me something about you?" Ariana secara tiba-tiba bersuara.

"Hmmm…what's it? About me…hmmm" Ikmal menoleh memandang Ariana yang berada disebelahnya.





No comments:

Post a Comment